Monday, October 29, 2012


Ayah Wan dan best friend, Tan Eng Seng (1956)
Beliau merupakan anak saudara kepada  arwah Aki , 
yang dikenali ramai di Kuala Berang.

Eng Seng dan abangnya Eng Ho bersekolah di Sekolah Sultan Sulaiman di Kuala Terengganu manakala penulis dan adiknya Eng Lian bersekolah di sekolah Tengku Ampuan Intan di Kuala Berang. Waktu cuti penggal persekolahan Seng dan abangnya Ho sentiasa menghabiskan cutinya di rumah neneknya, Mok Mek, iaitu jiran sebelah rumah penulis. Kami menjadi kawan rapat.

Kami sering menggunakan Bahasa Inggeris bila bercakap. Ini menyebabkan abang penulis yang tidak bersekolah Inggeris naik mual dan mengejek kami dan mengata-ngata kami dengan bemacam kata-kata sendaan. 

"Ccakak ong putih sokmo!....." katanya dalam loghat Terengganu, menganjing.

Beliau cipta ungkapan Inggerisnya sendiri dan kata,"Waspelek tek wa abrod there." ( Bermaksud: Aku tampar dan kau jatuh di sana ). Ia sungguh menggelikan hati bila teringatkan ungkapannya itu. Kadang-kadang sekarangpun penulis saja-saja ungkapkannya semula dalam situasi tertentu yang melucukan. Siapa sangka ungkapan yang entah mirip bahasa apa yang dicipta oleh abang penulis itu difahami maksudnya oleh mereka di sekitar penulis dan keluarga penulis, bila penulis ungkapkannya. Isteri penulis pun terbawa-bawa hingga mengungkapkannya kepada pelajarnya ketika mengajar di sekolah. Itulah sebuah kenangan mengenai abang penulis yang sangat  diingati, Wan Abdul Ghani Wan Mahmud, yang telahpun kembali ke Rahmatullah. Alfatihah.


1 comment:

Airlangga said...

Saya dari Manir, lahir pada 1990. Masa saya sekolah rendah circa 1996 2002, perkataan 'wa spelektek tek' tu dah evolved jadi 'semek tek'.

Saya dah lupa benda ni sampai terbaca blog ni.